DEFINASI
1.1. CLOUD COMPUTING
Ø Cloud
Computing adalah teknologi yang memproses sumber pengkomputeran melalui
rangkaian internet yang membolehkan pengguna mengakses pelbagai perkhidmatan
dari mana-mana dan pada bila-bila masa melalui sambungan internet.
Ø Augmented
Reality adalah teknologi yang menggabungkan maklumat digital atau maya dengan
persekitaran fizikal atau sebenar untuk mencipta pengalaman yang lebih kaya dan
lebih interaktif kepada pengguna. Ianya berbeza dengan Virtual Reality yang
menggantikan sepenuhnya dunia sebenar dengan persekitaran digital. Augmented
Reality memperkayakan realiti fizikal dengan elemen digital.
Ø Cybersecurity
berasal daripada dua perkataan dalam bahasa inggeris iaitu Cyber yang membawa
maksud ruang siber (internet) dan Security yang bermaksud keselamatan.
Dari segi istilah, keselamatan siber adalah satu bentuk perlindungan untuk sistem
yang disambungkan ke internet. Ini termasuk perkakasan, perisian dan juga data
yang dimiliki.
2.
FUNGSI
2.1. CLOUD
COMPUTING
Ø ØInfrastructure as a Services (IaaS) – Berfungsi untuk membenarkan pelanggan memproses dan menyimpan data serta menggunakan rangkaian dan lain-lain sumber daripada internet.
Ø ØPlatform as a Services (PaaS) – Penyedia perkhidmatan menawarkan infrastruktur dan alatan pengaturcaraan kepada pelanggan supaya pelanggan boleh membangunkan dan menguji aplikasi.
Ø ØSoftware as a Services (SaaS) – Pembekal menyediakan perisian aturcara berdasarkan yuran langganan.
2.2. AUGMENTED
REALITY
Ø ØDalam bidang Pendidikan, Augmented Reality (AR) digunakan untuk memudahkan proses pembelajaran dengan memaparkan bahan pelajaran secara interaktif. Sebagai contoh, aplikasi AR boleh memaparkan imej 3D organ manusia dan menerangkan fungsinya dengan jelas.
Ø ØDalam dunia perniagaan, AR digunakan untuk mempromosikan produk dengan memaparkan imej 3D produk yang ingin mereka jual dengan menjadikannya lebih menarik kepada pengguna.
Ø ØAR juga digunakan secara meluas dalam industri hiburan, seperti dalam permainan video. Contoh popular ialah permainan Pokemon Go yang menggabungkan elemen maya dengan dunia sebenar.
Ø ØAR boleh memberikan maklumat tambahan yang relevan dalam konteks tertentu, seperti dalam aplikasi navigasi yang memaparkan maklumat arah dan lokasi dalam masa nyata.
Ø ØAR turut membantu dalam bidang latihan dan penyelenggaraan dengan memaparkan arahan dan maklumat secara langsung pada objek fizikal yang sedang dikerjakan, sekaligus memudahkan sesuatu tugas.
2.3. CYBERSECURITY
Ø ØBerfungsi untuk melindungi data dan ketersediaan sistem daripada kecurian, kebocoran atau kerosakan pada data yang sensitif.
Ø ØDapat menjamin integriti data dan mencegah gangguan operasi dengan memastikan data yang digunakan boleh dipercayai kerana ianya adalah tepat dan lengkap.
Ø ØAmalan keselamatan siber dijalankan bukan sahaja oleh individu tetapi juga oleh syarikat dan juga agensi. Langkah ini akan membantu melindungi pusat data dan sistem berkomputer lain daripada capaian yang tidak dibenarkan.
3.0 CONTOH NEGARA DAN HURAIAN
3.1. CLOUD
COMPUTING
3.1.1. Amerika
Syarikat merupakan salah satu perintis dalam penggunaan pengkomputeran awan, dengan syarikat utama seperti:
Ø Amazon
Web Services (AWS):
AWS ialah salah satu penyedia perkhidmatan awan terbesar di dunia, menawarkan
pelbagai perkhidmatan seperti penyimpanan data, pengkomputeran dan analitik.
Banyak perusahaan besar dan organisasi kerajaan menggunakan AWS untuk keperluan
pengkomputeran awan mereka.
Ø Microsoft
Azure: Microsoft Azure
menyediakan perkhidmatan awan yang merangkumi Infrastructure as a Servies
(IaaS), Platform as a Services (PaaS) dan Software as a Services
(SaaS). Azure digunakan oleh pelbagai sektor, termasuk penjagaan
kesihatan, pendidikan dan kerajaan.
Ø Google
Cloud Platform (GCP): GCP menawarkan penyelesaian cloud
yang merangkumi storan data, analitik dan pembelajaran mesin. Banyak syarikat
teknologi dan syarikat permulaan menggunakan GCP untuk menyokong operasi
mereka.
3.1.2. Singapura
juga dikenali sebagai salah satu negara terkemuka dalam penggunaan pengkomputeran awan di Asia. Kerajaan
beliau telah melaksanakan pelbagai inisiatif
untuk menyokong transformasi digital melalui penggunaan teknologi awan seperti:
Ø Government
on Commercial Cloud (GCC): Kerajaan
Singapura menggunakan platform GCC untuk menggunakan penyelesaian awan komersial
daripada penyedia perkhidmatan seperti Amazon Web Services (AWS), Microsoft
Azure dan Google Cloud Platform (GCP). GCC membantu agensi kerajaan
mempercepatkan transformasi digital dan meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat
dengan lebih pantas, lebih selamat dan lebih cekap.
Ø Smart
Nation Platform: Singapura sedang membina Platform
Negara Pintar yang memanfaatkan teknologi awan untuk menyepadukan pelbagai
perkhidmatan digital. Ini termasuk aplikasi yang direka khusus untuk sektor
penjagaan kesihatan, pendidikan dan perkhidmatan awam yang lain-lain.
Ø Inisiatif
Cloud untuk PKS: Banyak perusahaan kecil dan
sederhana (PKS) di Singapura telah menggunakan pengkomputeran awan untuk
meningkatkan kecekapan operasi dan mengurangkan kos. Kerajaan juga menyokong
inisiatif ini melalui pelbagai program dan insentif.
3.2. AUGMENTED
REALITY
3.2.1. Jepun
menggunakan AR dalam pelbagai aplikasi, termasuk pelancongan dan pengiklanan. Contoh aplikasi AR yang
dilaksanakan adalah seperti:
Ø Dalam
bidang pendidikan, AR digunakan untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran
pelajar. Sebagai contoh, penggunaan aplikasi AR di sekolah yang membolehkan
pelajar berinteraksi dengan objek 3D untuk lebih memahami konsep yang kompleks.
Ø Dalam sektor pelancongan, AR digunakan untuk memberikan maklumat tambahan kepada pelancong. Contohnya, aplikasi AR di muzium yang memberikan penjelasan mendalam tentang artifak dan sejarahnya.
Ø Banyak
syarikat di Jepun menggunakan AR untuk kempen pemasaran yang lebih interaktif
dan menarik. Contohnya, iklan yang membolehkan pengguna melihat produk dalam 3D
sebelum membelinya.
3.2.2. Korea
Selatan menggunakan AR dalam industri pengiklanan dan hiburan, serta dalam aplikasi pendidikan untuk
meningkatkan pengalaman pembelajaran pelajar.
Berikut adalah beberapa contoh penggunaannya:
Ø Syarikat
seperti FXGear telah membangunkan produk seperti FXMirror, yang membolehkan
pelanggan mencuba pakaian secara maya di kedai seperti Lotte Department Store.
Teknologi ini membantu pelanggan memilih saiz dan gaya yang betul tanpa perlu
mencuba pakaian secara fizikal.
Ø AR
digunakan untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran pelajar. Sebagai contoh,
sesetengah syarikat permulaan sedang membangunkan kandungan AR untuk cermin
mata pintar yang digunakan di dalam bilik darjah untuk menyediakan pengalaman
pembelajaran yang lebih interaktif.
Ø AR
digunakan dalam latihan perubatan dan simulasi pembedahan untuk menyediakan
pengalaman kepada pakar perubatan profesional dengan lebih realistik. Ia
membantu dalam meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka tanpa risiko
kepada pesakit.
3.3. CYBERSECURITY
3.3.1. Amerika
Syarikat menggunakan pelbagai teknologi canggih untuk mengekalkan keselamatan siber. Beberapa teknologi utama yang
digunakan termasuk:
Ø Artificial
Intelligence (AI) Dan Machine Learning (ML): Teknologi
ini digunakan untuk mengesan dan bertindak balas terhadap ancaman siber secara real-time.
AI dan ML boleh menganalisis corak dan tingkah laku yang mencurigakan untuk
mengenal pasti potensi serangan sebelum ia berlaku.
Ø Blockchain: Teknologi blockchain digunakan untuk menjamin data dan transaksi. Contohnya tentera laut Amerika Syarikat telah menggunakan blockchain untuk menjamin rantaian bekalan mereka.
3.3.2. Tiongkok
adalah salah satu negara yang menggunakan pelbagai teknologi canggih untuk mengekalkan keselamatan
siber. Beberapa teknologi utama yang digunakan
termasuklah:
Ø Quantum
Crytography: Teknologi ini digunakan untuk mencipta
komunikasi yang sangat selamat menggunakan prinsip mekanik kuantum. Ia
menyediakan tahap keselamatan yang lebih tinggi berbanding kaedah penyulitan
tradisional.
Ø Zero
Trust Architecture: Pendekatan ini memerlukan semua
pengguna di dalam dan di luar rangkaian organisasi untuk disahkan sebelum
diberikan akses kepada sistem ataupun data. Ini membantu menghalang capaian
yang tidak dibenarkan.
4. CABARAN REVOLUSI INDUSTRI 4.0
Ø Dari
segi keselamatan, aspek yang paling mencabar dalam menerapkan Teknik Industri
4.0 adalah risiko keselamatan IT. Integrasi dalam talian ini memberi ruang
kepada pelanggan keselamatan dan kebocoran data. Pencuri siber juga perlu
diberi perhatian dalam menangani isu keselamatan ini.
Ø Cabaran
kedua adalah modal. Transformasi dalam teknologi baru memerlukan pelaburan yang
amat besar. Selain mengambilkira hal kewangan, risiko juga perlu diambilkira
dalam melaksanakan IR 4.0 ini.
Ø Cabaran
terakhir IR4.0 adalah privasi. Dalam industri yang saling berkaitan, pengeluar
perlu mengumpulkan dan menganalisis data. Kepada pelanggan, ini mungkin
kelihatan seperti ancaman terhadap privasinya. Bagi syarikat-syarikat kecil
atau besar yang tidak berkongsi data mereka pada masa lalu perlu bekerja dengan
cara yang lebih telus. Ini adalah bertujuan untuk merapatkan jurang antara
pengguna dan pengeluar, yang mana ini menjadi cabaran bagi kedua-dua pihak.
5. KESIMPULAN
Ø Kesimpulan
tentang Revolusi Industri 4.0 ialah dalam meningkatkan kecekapan dan
keberkesanan pengeluaran serta mengurangkan kos pengeluaran, telah berlakunya
perubahan dalam menghasilkan barangan dengan menggunakan teknolgi digital,
integrasi dan juga automasi. Revolusi Industri 4.0 turut melibatkan pengumpulan
data yang lebih tepat pada masa nyata melalui pembangunan sistem pengeluaran
yang disambungkan secara digital dan bersepadu. Ciri utama revolusi industri
4.0 ini ialah penggabungan maklumat dan komunikasi dalam bidang perindustrian.
No comments:
Post a Comment